13 Gambar : Misteri Manusia Terapung Di Jerman Akhirnya Terungkai




Johan Lorbeer adalah seorang seniman jalanan, lelaki asal Jerman ini suka melakukan hal-hal aneh dan tak jarang aksinya membuat orang terpukau dengan keanehan yang di buatnya. Aksi yang dibuatnya kali ini adalah melayang setinggi 3 meter di atas tanah hanya dengan meletakkan tangan kirinya di tembok. Aksinya ini di lakukan di tengah bandar, tiba-tiba membuat orang yang melihatnyapun di buat tercengang seolah-olah tidak percaya.


Yang dilakukannya terkesan sempurna tidak ada helah dan kejuruteraan, dia kelihatan benar-benar melayang bahkan beberapa actionpun dia lakukan. Dalam Gambar-Gambar ini ini, anda akan melihat aksinya yang sangat luar biasa.



Anda ingin tahu, bagaimana cara melakukannya? Lihatlah gambar-gambar ini dengan teliti. Anda akan menemui jawapannya.









































Toyol Ini Diberi Habuan Menonton Seks Setiap Kali Pulang Dari Mencuri






JOHOR BAHRU: Akibat mahukan kesenangan berterusan menerusi jalan haram, segelintir pemuja toyol sanggup memeterai perjanjian luar biasa termasuk memenuhi permintaan pelik makhluk halus itu yang ingin melihat tuannya melakukan hubungan seks di luar nikah.



Perjanjian yang dibuat pemuja berkenaan selepas roh toyol itu dibangkitkan, adalah antara habuan diterima makhluk berkenaan yang mampu menyelinap bilik berkunci dan mencari wang disorok bagi melakukan tugas mencuri di kediaman penduduk.Selain itu, toyol berkenaan juga diberi makan ayam dan dihadiahkan barang permainan kanak-kanak oleh pemujanya setiap kali berjaya menyerahkan wang curi.


Perbuatan tidak bertanggungjawab pemuja toyol itu yang berani melakukan perjanjian berkenaan walaupun menyedari ia perbuatan syirik dan dilaknat Allah, kebiasaannya tidak disedari ahli keluarganya.Perkara berkenaan didedahkan seorang pengamal perubatan tradisional, Hafizan Abdullah, 55, yang turut terkilan dengan kewujudan perjanjian luar biasa antara pemuja toyol dan makhluk halus yang dikatakan mempunyai perangai seperti kanak-kanak.


“Apa yang pelik, apabila ditanya sama ada tuan mereka memberikan darah sebagai makanan supaya melakukan perbuatan mencuri, makhluk halus berwarna hijau, bermata merah dan setinggi paras betis sebaliknya memberitahu ganjaran mereka adalah melihat pemuja melakukan hubungan seks tanpa pengetahuan dengan pasangannya.“Toyol berkenaan juga diberikan makan ayam dan barang permainan kanak-kanak oleh pemuja setiap kali berjaya menyerahkan wang dicuri itu.


“Apa yang mengecewakan, perbuatan tidak bertanggungjawab pemuja toyol itu yang berani melakukan perjanjian itu tanpa disedari ahli keluarganya mengakibatkan keseluruhan keluarganya terpaksa menanggung dosa,” katanya yang mendakwa pernah menghalau makhluk halus berkenaan yang berjaya diperangkap di kediaman penduduk di sekitar Ulu Tiram dan Pasir Gudang beberapa bulan lalu.Hafizan berkata, sikap tidak bertanggungjawab pemuja toyol yang sanggup membuat perjanjian luar biasa itu sebagai mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang bagaimanapun mengundang masalah kepada diri sendiri apabila ingkar permintaan makhluk itu.


Menurutnya, pemuja yang gagal memenuhi permintaan boleh mengakibatkan makhluk berkenaan mengganas termasuk merosakkan barangan di rumah atau menimbulkan perselisihan faham antara ahli keluarga.“Ada juga yang berdegil dan enggan mengikut arahan pemuja atau pemiliknya apabila permintaan remeh itu gagal dipenuhi.“Akhirnya pemuja terbabit yang melakukan amalan terpesong itu terdesak untuk memberi habuan dipinta bagi memastikan tidak dilanda masalah biarpun menyedari perbuatan perbuatan ini haram di sisi agama kerana ia menyekutukan Allah,” katanya.


Menurut Hafizan, orang ramai boleh mengetahui kehadiran toyol dengan menabur kekacang dalam rumah mereka pada waktu malam.Katanya, sekiranya taburan berkenaan tersusun atau terkumpul di satu tempat, ia membuktikan kehadiran toyol berkenaan yang leka bermain dengan barangan terbabit.“Kebiasaannya, orang ramai bingung berikutan kes kehilangan wang yang disimpan di rumah makin menjadi-jadi. Tambahan pula, jumlah wang yang hilang itu hanya bernilai kecil walaupun disimpan di tempat paling sukar dikesan.


“Cara yang paling berkesan bagi menghindari kediaman daripada gangguan syaitan mahupun iblis adalah bacaan ayat Kursi dan berdoa, “ katanya.Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, berkata perbuatan membela iblis seperti toyol amalan orang jahiliah yang tidak bertamadu

Mati melekat kedua-dua badan selepas melakukan zina di kawasan kubur wali keramat





Mati melekat kedua-dua badan selepas melakukan zina di kawasan kubur wali keramat |Karawang Raka, Indonesia - Pada awal bulan oktober yang lalu, masyarakat Karawang digegarkan dengan gambar dua orang yang meninggal dunia ketika melakukan hubungan intim. Berdasarkan berita yang beredar di tengah-tengah masyarakat di sana, dua pasangan itu ialah bukan pasangan suami isteri yang sah, melainkan dua orang yang curang.


Keduanya, dikhabarkan sama-sama sudah berkeluarga. Dari gambar yang tersebar dari telefon ke telefon, nampak dua jasad tengah berpelukan. Di gambar itu kelihatan, badan orang yang berada di atasnya telungkup dan bahagian buntutnya ditutupi kain sarung. Sementara tangan wanita yang berada di bawahnya dalam kedudukan memeluk bahu lelaki itu.



Kedua-dua jasad tersebut berada dalam beg jenazah berwarna kuning. Nampak juga dua orang berpakaian seragam serupa polis, sepertinya tengah menunjukkan mayat dua orang yang sedang berzina ini.

Nampaknya, kedua-dua jasad itu berada di sebuah bilik mayat. Kerana jika dilihat dari lantainya, biasanya digunakan di bilik mayat. Salah seorang warga Karawang, Wahyudi berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya, dua pasangan berbeza jantina itu berzina di kawasan makam keramat yang berada di belakang Cengsin, Klari, Indonesia.

Namun setelah hubungan intim mereka selesai, badan kedua-duanya tak boleh lepas. Katanya yang lelaki sempat menelefon temannya yang pegawai keselamatan, kerana badannya tidak boleh lepas. Sampai akhirnya dibawa ke tiga rumah sakit, tapi tak ada yang dapat melepaskan kedua-duanya “ujarnya.

Berdasarkan maklumat yang diterimanya pula, kedua-dua pasangan curang itu meninggal di hospital. “Pada mulanya saya tidak percaya berita ada orang mati berpelukan, tapi setelah melihat gambar ini saya baru percaya,” katanya

Surat Beranak Ronaldo Neymar kONTROVERSI






Terkejut beruk kami seketika kehairanan bila melihat sekeping gambar surat
beranak seorang bayi ini viral di laman sosial.


Apa tidaknya, nama bayi tersebut dalam surat beranak diambil dari gabungan
dua pemain sensasi piala dunia dulu dan terkini dari Brazil iaitu Ronaldo dan
Nyemar.


Ahmad Ronaldo neymar bin Ismadi dilahirkan pada 21 Jun 2014 di dewan
bersalin Putrajaya.


Jom saksikan surat beranak Ronaldo Nyemar di bawah:
V




V




V




V




V




V




V




V




V




V




V




V





Lelaki Gila





Kepada gadis yang rasa payah sangat pakai tudung atau pendek kata payah sangat nak tutup aurat, maka anda harus berhati-hati supaya kejadian macam kat atas ni tak berlaku.



Jangan pula salahkan sesiapa kalau anda menjadi mangsa seterusnya sebab anda menggalakan perbuatan ini berlaku.


Anda mampu mengubahnya. Yang si lelaki pula janganlah sebab NAFSU korang sanggup jadi macam lelaki dalam gambar ni.


Korang tak malu ke buat macam tu? Masuk CCTV pula tu. Kan dah kena maki.


Terapi Seksi Berapi

Bisnis perawatan kecantikan merupakan industri yang sedang mengalami kejayaan dewasa ini. Apabila Korea Selatan jamak para wanita melakukan pembedahan plastik, maka di China lebih gila lagi.
Terapi kecantikan yang kini sedang marak adalah "Huo Liao" (fire treatment) yang merupakan terapi kecantikan unik sekaligus ekstrem. Terapi ini menggunakan api sebagai alat terapinya.
Praktek terapi ini memang kelihatan berbahaya, namun tetap diklaim aman walau api membakar tubuh pasien. Metode terapi ini diklaim dapat membuat relaksasi, memperlancar metabolisme tubuh serta dapat membuang racun-racun dalam tubuh.






Terapi ekstrem ini banyak digemari kaum wanita di China dan diklaim dapat memperlancar peredaran darah


Bukan hanya punggung, atau kaki, melainkan juga mata dan payudara diterapi dengan api.



Mata pun tak luput dibakar oleh api. Sungguh berbahaya

( Foto) MESTI TENGOK! Foto Aksi Shila Amzah Posing Di Sofaa Yang Mampu Mengancam Semua Lelaki




Nama Shila Amzah sememangnya tidak asing lagi dalam industri tanah air
. Penyanyi yang bersuara lunak dan mempunyai wajah yang jelita ini dikatakan cukup popular di negara China. Pendapatan tahunan artis ini dikatakan cukup lumayan dengan konsert, duta produk dan penjualan album.


Walaubagaimana pun, artis berusia 23 tahun ini tidak lari daripada beberapa kontroversi yang melanda dirinya sepanjang kariernya setakat ini.


Baru-baru ini, Shila Amzah telah mengongsi sekeping gambarnya terbaring di atas sofa yang cukup mengancam. Jom tengok gambar tersebut:








Gambar Isteri Awie Dipukul Teruk Tersebar?



Gambar ini mula tersebar di Whatsapp sebelum ada pihak memuat naik ke sebuah komuniti di Facebook dan ianya kini mula menjadi perhatian ramai.


Gambar itu menunjukkan individu yang didakwa adalah isteri kepada penyanyi Awie, Rozana Misbun kelihatan agak teruk dan menurut sumber itu adalah akibat dipukul seseorang.
Sumber juga ada menyebut yang ini adalah bukti kes pukul isteri yang melibatkan Awie baru baru ini. Wallahu’alam. Gambar begini sahaja tidak mampu sebenarnya untuk menyabitkan Awie sebagai pelaku / kaki pukul.

Cinta vs Materialistik


assalammualikum wbt..
Wujudkah wanita yang memilih harta berbanding cinta atau dalam bahasa mudahnya perempuan materialistik?..dari pemerhatian dan pengalaman aku..wanita metarialistik memang ada dan bersepah..tujuan metarialistik ofcoz nak kemewahan..tapi kalau nak dibandingkan harta dengan cinta ni, macam ada yang tak berapa kena la aku rasa..dan ni la isu yang aku nak kupaskan..cewahh.. kehkehkeh...



Citer pasal perempuan metarialistik ni sebenarnya bagi aku hanya lebih di gembar gemburkan media je dalam drama dan filem melayu ni.. asal pompuan mata duitan je mesti tak pandang laki sengkek walaupon hensem dan baik..pastu eksyen gila babi..tapi kesah yang digambarkan dalam drama tu biasa la kan..lebih-lebih sangat dan tak sampai kesudahan pon..hahaha..antara yang aku ingat, citer pisau cukur lakonan maya karin dengan fazura tu...tah apa-apa je citer tu..tapi sebab dulu aku suka fazura, tengok gak la..haha..






Apa yang aku nampak perempuan materialistik ni sebenarnya jiwa kacau..dan kadang-kadang forever alone..tu yang buatkan dia anggap duit segala-galanya...tapi aku tak salahkan diorang ni..kalau dia materialistik yang tak bergantung dengan mana-mana bf, sugardady tapi memang mengejar kemewahan atas usaha sendiri, apa ada hal kan..duit dia sendiri...lantak la..


Tapi bila ada yang mengeluarkan statement "ciri-ciri lelaki idaman aku mestilah kaya" atau "cinta tak boleh bagi makan anak orang" aku rasa orang laki yang masih mencari calon isteri baik abaikan je orang camni..hahaha..serius apa yang dia cakap tu, masih menunjukkan dia belum matang..bagi la peluang dia jadi pisau cukur dulu puas-puas...hahaha..



tengok umur cukup la..hahaha


Antara ciri-ciri, perempuan materialistik ni memang cita-cita nak cari bf, laki kaya je..takda duit takda cinta..hahaha.watdepap...tapi aku jamin la kalau niat dah salah, tu bukan cinta walaupon laki tabur kau duit..dan tak mustahil la tetiba dia jatuh cinta dengan orang biasa je..hahaha..korang kena ingat, kalau dah namanye cinta, takda maknanye harta jadi ukuran beb..biarlah laki tu posmen ke, pelukis pelan ke, pakai kapcai ke.. kalau dah cinta, tetap laki tu dia terima..bawak datang la orang paling kaya kat dunia pon dia tak pandang dah..masa tu feel bukan cinta untuk pegi shopping lagi kalau tengok hp pon dah sengih bahagia sorang-sorang..hahaha..


Kalau diberi pilihan, sorang laki biase, sorang kaya, tapi hati korang ada kat laki biase ni...ye ke korang nak pilih lelaki kaya?..hanya tuhan je la yang tahu..tak alami sendiri sapa tahu kan...tapi pendapat aku la, kuatnya kuasa cinta tu, harta, kemewahan, wat ever, takleh lawan kuasa cinta yang Allah kurniakan..biar la sebelum tu kemain lagi tak nak laki miskin, nak yang kaya je..tapi bila jodoh yang sebenar muncul, baru korang tau..hahaha..masa ni sebab dah cinta betul, susah bersama pon sanggup..



So, kesimpulannya cinta takleh dibandingkan dengan harta, sebab apa yang kononnye di bandingkan tu bukanlah realiti cinta yang sebenar pon..cuba laki kaya tu tetiba muflis,ofkos korang yang materialistik ni pon nak tinggalkan dia kan..tu bukannye cinta bai..tu forever alone..kehkehkeh...apapon harap korang paham la yang entri ni bukan aku nak mengata orang perempuan, cuma nak bagi pencerahan yang perempuan materialistik ni sebenarnya belum jumpa cinta sebenar jer, sebab tu dia bleh cakap camtu..hehe..

‘Permaisuri’ Melaka boleh panggil ribut dan hujan jika marah!




MELAKA: Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dan kini berada dalam tahanan polis bukan satu-satunya individu yang bersaing untuk merebut takhta di negeri itu.
Seorang ‘permaisuri’ dari Seri Kembangan, Selangor telah melabelkan Raja Noor Jan Shah sebagai berlagak semata-mata dan mendakwa suaminya, anak kelahiran Melaka berusia 48 tahun yang sepatutnya mewarisi takhta Kesultanan Melayu Melaka.





Bonda Ratu Kuasa Alam Tan Sri Sharifah Norlaini Kesemua Dinegeret (Ratu Kepulauan Melayu), warga Indonesia dengan keturunan Turki- Acheh itu juga menuntut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron memberikan ikrar taat setia kepadanya dan mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai beliau untuk membincangkan bagaimana untuk memulihkan Kesultanan Melayu Melaka yang telah berlalu.

Dia membuat percubaan pertama untuk bertemu Idris di pejabatnya di Seri Negeri di sini dua minggu lalu, tetapi tidak berjaya.

Hidhir Yusof, yang mendakwa dirinya sebagai pembantu peribadi ‘permaisuri’ berkata ratu mempunyai kuasa luar biasa dan memberi amaran bahawa dia boleh membuat sumpahan ke atas Melaka jika marah.

“Dia boleh memanggil ribut angin dan hujan yang tidak berhenti-henti jika tidak dapat menahan kesabarannya.

“Oleh itu, lebih baik ketua menteri bertemu dengannya dan mendengar rahsia Kesultanan Melaka yang tidak sabar-sabar untuk didedahkan kepada beliau,” kata Hidhir ketika dihubungi, Sabtu.

Ketika ditemui, Idris mengakui bahawa ‘permaisuri’ tersebut dan Hidhir cuba untuk bertemu beliau di pejabat.

“Mereka datang dan bertemu saya untuk membincangkan mengenai Kesultanan Melaka pada masa kita telah berusaha memberantas royalti palsu di Melaka.



“Saya memberitahu mereka bahawa saya sibuk dengan kerja dan meminta mereka untuk bertemu pembantu saya jika mereka mempunyai apa-apa perkara kukuh untuk berbincang,” kata Idris yang menambah bahawa darjah kebesaran yang diberikan selain daripada Gabenor Melaka dianggap tidak sah taraf, dan penerima anugerah tersebut akan dihalang oleh kerajaan daripada menerima apa-apa gelaran asal.

Lamborghini Polis Indonesia





Polis Indonesia guna Lamborghini?
Jakarta: Dua kereta peronda polis yang dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di sini menarik perhatian setiap pengunjung.


Kereta berkenaan yang dihiasi dengan lambang polis Indonesia ialah Lamborghini Gallardo dan Aventador mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengunjung sama ada polis negara itu juga akan mengikuti jejak polis Dubai dalam menggunakan kereta semewah itu untuk menjalankan tugas.
Lamborghini Gallardo itu berwarna kelabu gelap dengan tulisan ‘Polisi’ di bonet depannya.


Kepercayaan bahawa polis Indonesia akan menggunakan kereta itu semakin kuat apabila siren juga terpasang di atasnya.
Lamborghini Aventador berkenaan pula berwarna latar putih dan ada corak biru dan merah.
Bagaimanapun, jurucakap polis di Jakarta Utara, Azhar Nugroho berkata, kedua-dua kereta mewah itu bukan milik polis.

3 Gambar Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Hospital Bentong Terbongkar



Gambar hiasan

Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 sentimeter di tandaskakitangan wanita Hospital Bentong, baru-baru ini, ber kemungkinan didalangi orang dalam.



Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang beradadi bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.

Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkutbaju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.



“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.

“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,”katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadiperbualan hangat di laman sosial.



Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.

Romantik! Zizan Luah Rasa Cinta Kepada Emma Maembong Semasa Hari Jadinya (3 GAMBAR)



Yeah~~ Tiada “timing” yang lebih tepat dan romantis untuk Zizan Razak meluahkan rasa cintanya kepada Emma Maembong melainkan di hari jadi pelakon comel itu. Kini berusia 22 tahun, Emma Maembong dikejutkan oleh sambutan hari jadi “suprise” yang dirancang oleh Zizan. Sampai menangis-nangis dibuatnya. Romantis sangat!!!


Tambah menarik apabila Zizan meluahkan rasa kasih, cinta dan sayangnya kepada Emma Maembong menerusi akaun Instagramnya. Tulis Zizan:-


Happy birthday to u sayang..hope happy ngn kejutan tadi hehe..sory wat awak ngis..n thanks all of u guys #beby #ee #nana #baba #riz dan mereka yang terlibat credit tuk #flavours terbaik makanan tadi dan sayang semoga panjang umur murah rezki dan sy sayang awk sangat..love u love u n love u…





Nampaknya Zizan dan Emma tidak lagi bersembunyi daripada para peminat mengenai perasaan cinta mereka. Mereka berdua memang sesuai, serasi dan sweet sangat bersama-sama. Diharap percintaan mereka akan berakhir di jinjang pelamin suatu hari. Sama-samalah kita nantikan. Apa-apa pun, selamat hari jadi Emma Maembong.

Inilah Lydia Izzati Kembar Neelofa?


| Amacam… ada macam rupa Neelofa tak gadis ini.. alis mata dah dekat2 sama.. hehehehe.. nama adalah Lydia Izzati.. Sesiapa yang nak berkenalan bolehlah keFacebook LYDIA IZZATI.. enjoy lagu2 hebat nyanyian beliau..

Kisah Derita Seorang Isteri VIP



Sekadar gambar hiasan ihsan dari Google
Menjadi isteri orang kenamaan atau VIP tidak menjanjikan kebahagiaan. Itu dihadapi seorang wanita di sini apabila kini berdepan trauma selepas didera secara mental oleh lelaki yang dikahwini sejak 14 tahun lalu.


Malah, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lisa, 37, turut memberitahu, dia sering dimaki hamun oleh suaminya yang berstatus Datuk berusia 63 tahun itu.

Menurutnya, keadaan itu sudah berlarutan hampir 10 tahun dan merasakan hubungan mereka sudah tiada lagi persefahaman, sekali gus menuntut agar suami menceraikannya secara baik menerusi proses mahkamah.

Lisa berkata, suaminya sering melontarkan kata-kata kesat terhadapnya serta sanggup mengatakan dirinya sebagai 'perempuan sial', 'bodoh' dan pernah mengugut untuk menghantarnya ke hospital mental gara-gara dirinya cuba membunuh diri.

“Saya tidak tahan lagi dan pernah suatu hari dia menggunting rambut saya secara paksa hanya kerana marah saya berkawan dengan orang luar kerana kebetulan saya memang aktif berpuisi di radio.

“Dia juga turut menyekat saya untuk berhubung dengan keluarga termasuk ibu bapa saya sendiri, malah pernah menghalau saya dari rumah.

"Paling tidak tahan, dia pernah mencabul pembantu rumah saya,” katanya yang mengadukan masalah itu di Pejabat Pembela BN Melaka, dekat sini, semalam.

Lisa berkata, hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima anak berusia dari 14 hingga tujuh tahun.

“Saya kesal berkahwin dengannya sebab dia tidak meletakkan kedudukan seorang isteri di tempat yang betul dan sekarang saya serta anak-anak sudah enam bulan tidak tinggal bersamanya.

“Setakat ini sudah 29 kali saya menuntut cerai dengannya dan masuk kali ini barulah saya memfailkan tuntutan fasakh,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Guaman Pembela BN, Mohd Adly Ithnin berkata, di dalam kes terbabit, masing-masing tidak lagi boleh meneruskan perkahwinan dan membuatkan penangguhan tuntutan berkaitan seperti tuntutan harta serta nafkah anak-anak.

“Kes ini boleh diselesaikan secara baik sekiranya si suami bersetuju perkara berkaitan harta diselesaikan dengan mahkamah yang lain, bukannya di dalam bab fasakh.

“Isu menjadi rumit sebab pihak suami cuba memasukkan semua perkara ke dalam satu,”

Aslinda Buat Laporan Polis Kes Foto Aksi Panas Di Stesen Minyak Petronas



Sekeping foto aksi doggie antara Nuraslinda Binti Afrizal dan kekasih hatinya di sebuah stesen minyak petronas telah menjadi viral di laman sosial sejak minggu lalu.


Penyebaran foto tersebut menyebabkan akaun twitter @aslinda_pit yang dikatakan milik Nuraslinda telah digantung serta-merta oleh pihak twitter.

Hari ini, satu laporan polis yang dibuat oleh Nuraslinda mula tersebar di internet. Isi kandungan laporan itu menjelaskan akaun twitter @aslinda_pit adalah palsu dan mendakwa dilakukan oleh skandal wanita kekasihnya, Yusnani binti Sidurman.





Menurut wanita berusia 21 tahun itu, tujuan laporan polis dibuat ialah bagi menghenti dan menyekat pemilik akaun twitter palsu tersebut daripada terus menyebarkan foto-foto lucahnya dengan teman lelaki.

Neelofa Sahkan Tiada Hubungan Lagi Dengan Hans Isaac






KUALA LUMPUR, 13 JUN 2014: Pelakon dan pengacara Meletop, Neelofa mengesahkan dan membuat pengakuan kepada akhbar tempatan hari ini bahawa tidak ada lagi hubungan istimewa antara dia dengan Hans Isaac yang dikatakan telah putus Februari lalu.

“Kini kami hanya berkawan dan spekulasi yang mengatakan saya akan berkahwin hujung tahun ini adalah tidak tepat, saya berharap tiada lagi kisah-kisah cinta antara saya dan dia,” kata Neelofa.

Menurutnya, dia tidak mahu lagi hidupnya dibayangi lagi dengan roh dan jasad Hans Isaac dan ingin teruskan kehidupan secara aman dan tenteram.

Bagi Murai, kalau itu takdirnya tidak mengapalah, anggaplah tiada jodoh, mungkin Neelofa lepas ini akan ditemukan jejaka dengan lebih baik atau sesuai dengan jiwa Neelofa.

Hans Isaac sebelum ini pernah memberi komen mengenai hubungannya dengan Neelofa, namun dia tidak mahu mengulas lanjut.

Akhirnya, Neelofa secara telus memberi kenyataan hubungan mereka sudah berakhir dan bagi Murai langkah itu paling tepat untuk menghentikan segala spekulasi yang negatif.

 doakan kedua-dua pelakon ini terus berjaya dalam bidang masing-masing.

NABIL BIDAS PEMINAT, PELIK GAMBAR CIUM PIPI ISTERI JADI ISU BESAR?




Sebelum ini pasangan suami isteri sensasi Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin pernah dikecam dek kerana sekeping gambar yang dimuat naik di laman Instagram Che Tah menunjukkan mereka kononnya bercium mulut di depan menara Eiffel, di Paris. Menerima nasib yang sama baru-baru ini pula ialah pasangan suami isteri Nabil Ahmad dan Nazirah Ayub.



“Cium pipi. Itu lah yang saya pelik sikit tu… sebab, minta maaf cakap la ya, banyak artis yang belum kahwin mereka pergi bercuti berdua, haters releks jer tak pula kritik. Tapi kami ni dah jadi suami isteri. Saya punya pasal lah! Nak cium ker apa… sebab yang saya cium tu isteri saya, bukan orang lain”, katanya.



Pelakon dan pelawak berusia 30 tahun ini diminta mengulas mengenai segelintir pengikut di Instagramnya yang melemparkan kritikan ekoran gambar menunjukkan dia mencium pipi isterinya di hadapan menara Eiffel, beberapa minggu lalu.

Tidak kisah dengan kritikan tersebut, Nabil bagaimanapun berkata dia sekadar mahu berkongsi momen tersebut bersama peminat memandang itu kali pertama dia menjejakkan kaki di salah sebuah negara Eropah itu.

Kata Nabil, dia sebetulnya ke Paris kerana menjalani penggambaran telemovie ‘Strawberi Karipap Lost in Paris’. Alang-alang menjejakkan kaki ke kota yang terkenal dengan jolokan ‘kota cinta’ itu, dia turut membawa Nazirah bersama untuk menemaninya sekaligus mengambil kesempatan bercuti.


“Saya tak tiru sesiapa atau mana-mana pasangan artis pun. Saya cuma nak kongsi momen tu dengan peminat. Lagipun ini pertama kali saya ke Eropah dengan isteri. Kami seronok sangat masa tu. Masa nikah dulu, saya cium juga pipi dia, tak pula orang nak kondem. Saya rasa haters tu semua mereka tak ada arah hidup, kot.

“Tapi saya sebenarnya tak baca pun komen-komen tu, kawan-kawan yang beritahu saya. Saya tak block haters-haters tu. Biarkan sajalah, lagipun daripada 100 komen, 10 jer yang cakap tak elok, yang lain tu okay saja”, katanya yang berada di sana selama sembilan hari.

-

Ghairah tak panjang



Warga emas terkejut apabila aksinya bersama wanita Vietnam dirakam
.


TELUK INTAN - Keasyikan seorang lelaki warga emas menerima layanan seorang wanita Vietnam terbantut sebaik diserbu pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Teluk Intan, di Taman Persiaran Melor, di sini, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Lelaki tempatan berusia 60 tahun itu tergesa-gesa bangun dan menutup tubuhnya dengan selimut sebaik menyedari serbuan berkenaan.

Ketua Jabatan Imigresen Teluk lntan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, Ops 6P dan Ops Sayang yang dilancarkan kira-kira jam 6.30 petang dan berakhir jam 10.30 malam kelmarin itu membabitkan 15 anggota penguat kuasa dari Ipoh dan Hilir Perak.

"Seramai sembilan wanita asing membabitkan seorang warga Vietnam, Thailand dan tujuh warga China berusia antara 33 hingga 46 tahun dicekup di pusat refleksologi di Persiaran Taman Melor kerana tiada dokumen perjalanan sah.

"Dalam pada itu, kita turun menahan dua lelaki tempatan di lokasi serbuan bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebuah pusat mesin judi di Jalan Changkat Jong turut diserbu kira-kira jam 9.45 malam kelmarin.

"Seramai 10 lelaki warga Bangladesh berusia 22 hingga 40 tahun ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah.

"Kita turut menahan tiga rakyat tempatan berusia 30 hingga 37 tahun dipercayai melindungi warga asing berkenaan," katanya.

Beliau berkata, semua warga asing berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

"Warga asing itu juga disiasat mengikut Akta Anti Permerdagangan serta Anti penyeludupan Migran 2007 dan kini ditahan di Pusat Tahanan Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut.

"Dalam serbuan itu juga, lima lelaki tempatan yang menjadi majikan warga asing terbabit ditahan reman selama empat hari atas perintah mahkamah bagi bantu siasatan," katanya.

Bekas Suami Dedah Gambar mendakwa Dicederakan Abby Abadi




Hari ini secara sah Farhan bekas suami kepada Abby Abadi bercerai dengan selebriti itu hari ini.



Namun apa yang mengemparkan dalam kes penceraian selebriti itu adalah pendedahan bekas suaminya Farhan yang mana beberapa gambar Farhan cedera di dakwa di lakukan oleh selebriti itu.


Apa kah benar perkara ini hanya mereka berdua yang tahu yang pasti mereka hari ini bukan lagi suami isteri dan sah bercerai dengan talak satu. setakat mana kebenaranya cerita ini hanya tuan punya diri dan Tuhan sahaja yang tahu

Tauke (Jambu) Tak Niat Tunjuk Kaya Kerana Kasut




PETALING JAYA: Pelawak Tauke (Jambu) tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk kepada pengikut laman sosial Instagram miliknya apabila dia memuat naik fotonya menggayakan kasut yang dibelinya daripada pereka terkenal Giuseppe Zanotti.




Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria bagaimanapun terkejut apabila resit harga kasut berkenaan didedahkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab memandangkan dia tidak memuat naik foto resit yang mencatatkan harga kasut berkenaan di laman sosial tersebut.




"Memang saya ada memuat naik foto bergaya dengan kasut baru. Tetapi saya tidak memaparkan resitnya sekali. Rasa pelik bila ada yang mengatakan saya tunjuk resitnya juga di Instagram.




"Sebaliknya resit itu saya sekadar tunjukkan kepada rakan-rakan di group chat aplikasi WhatsApp. Tak sangka pula ada di antara mereka sengaja mendedahkan resit tersebut kepada umum," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Selasa.





Sebuah portal melaporkan pengikut-pengikut Instagram Tauke meluahkan rasa tidak puas hati apabila dia memuat naik foto kasut terbaharunya beserta resit yang mencatatkan harga kasut tersebut RM6,390 di Instagram.



Pada resit tersebut, ia turut tertera nama penuh Tauke. Ada pengikut yang memberi komen pelawak itu bersikap riak apabila dengan sengaja mahu menunjuk-nunjuk kemewahannya di laman sosial tersebut.




Sementara itu, Tauke mengakui sejak akhir-akhir ini dia sanggup menghabiskan duitnya bagi membeli kasut mahupun pakaian rekaan terbaharu daripada beberapa jenama yang diminati.







"Saya sanggup berhabis wang untuk benda yang saya minat. Dan sejak akhir-akhir ini saya mula belajar mengenai penjagaan penampilan diri dengan rekaan fesyen-fesyen terbaru.



"Apa salahnya jika kita mahu ubah penampilan bukan? Bagaimanapun saya tidak berkecil hati sekiranya orang mengata saya,"

Popular Posts